Apa jenis sistem dalam website affiliate, autodownline dan juga MLM kami?

kami ada 8 jenis sistem jualan yang boleh buat iaitu;

#1. Cost Per Lead (CPL)

Maksudnya setiap kali ada ahli baru isi borang ataupun dengan mendaftar dalam website, ahli yang buat promosi tadi akan dapat komisyen yang telah admin tetapkan kerana berjaya membawa orang untuk join atau isi borong.

BIasanya CPL ni kita akan setting RM0.50 RM2.00 untuk setiap kali pendaftaran berjaya dibuat.

#2. Cost Per Sale (CPS)

Maksudnya setiap kali ada jualan produk melalui web, ahli yang buat promosi tadi akan mendapat komisyen seperti yang ditetapkan oleh pihak admin.

Sebagai contoh satu produk harga RM50 dan admin letakkan komisyen jika ada jualan ahli yang promote tadi akan dapat sebanyak 5% sahaja.

#3. Cost Per Click (CPC)

Maksudnya setiap kali klik daripada seseorang, ahli yang promote barang tersebut akan mendapat ganjaran untuk klik tersebut walaupun tiada jualan berlaku.

Contohnya setiap klik admin boleh set RM0.02 sen setiap kali klik untuk diganjarkan kepada ahli yang promote barang tersebut.

#4. Cost Per Mile (CPM)

CPM bermaksud setiap kali capai 1000 view produk yang dipromote oleh ahli tersebut, ahli itu akan mendapat ganjaran yang ditetapkan oleh admin.

Sebagai contoh setiap 1000 view barang yang dipromote, ahli akan mendapat sebanyak RM1 walaupun barang tersebut tidak terjual.

#5. Earnings Per Click (EPC)

EPC hampir sama dengan CPC. Cuma yang berbeza adalag EPC akan diberikan ganjaran setiap kali 100 klik dan CPC akan diberikan ganjaran untuk setiap klik.

Sebagai contoh admin boleh setkan setiap 100 klik ahli yang buat promosi akan mendapat sebanyak RM10 dan sebagainya.

#6. Cost Per Action

Cost Per Action ni adalah pecahan kepada CPL, CPS dan CPC yang telah saya ceritakan sebentar tadi.

#7. Tired Rank

Tired rank adalah untuk memberikan ahli motivasi supaya rajin membuat promosi. Jika sampai tahap yang tertentu, admin boleh memberikan ganjaran ranking kepada ahli mengikut jualan yang terhasil.

#8. Multilevel Marketing

Untuk multilevel marketing, kami ada 3 sistem yang boleh disetting.

Antaranya adalah;

  1. Unilevel sistem
  2. Matrix sistem
  3. Binary sistem.

Ramai client yang bertanya mengenai sistem duplicate website.

Sekarang ni kami tidak menggunakan konsep duplicate website tapi kami menggunakan sistem mirroring website.

Maksud mirroring website ni ahli akan diberikan satu link khas untuk mereka promote barang atau website tersebut.

Banyak kelebihan mirroring website antaranya kos yang lebih murah, admin senang nak manage dan sebagainya.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.