Tutorial kali ni adalah untuk anda yang mengunakan sistem website klon. Selepas anda buat web klon untuk ahli anda, anda perlu tukar link pendaftaran ahli baru secara manual dengan menggunakan link affiliate ahli tersebut.

Tujuan kita tukar link pendaftaran ni adalah untuk sistem admin kesan apabila ada ahli baru buat pendaftaran di dalam website klon tersebut.

Cara ini agak teknikal tapi ia mudah untuk diikuti.

Sekarang mari kita lihat tutorial ini.

Sebelum tu saya anggap anda sudah pun log masuk ke dalam WordPress. Jika belum sila log masuk terlebih dahulu dalam WordPress.

Bahagian 1: Dapatkan Username

Langkah 1 Pertama sekali apa perlu anda buat adalah dapatkan terlebih dahulu USERNAME ahli. Untuk dapatkan username ahli tidak susah.

Lepas log masuk ke dalam web, lihat pada menu sebelah kiri dan klik pada Ultimate Affiliate Pro.

Langkah 2 Kemudian anda klik pada menu Affiliate.

blank

Langkah 3 Anda akan dibawa ke senarai ahli dan pilih ahli mana yang anda ingin tahu USERNAME mereka.

blank

Kemudian klik pada Affiliate Profile seperti yang di tunjukkan pada gambar di atas.

Langkah 3 Anda scroll sikit ke bawah dan di sini anda akan dapat lihat USERNAME ahli tersebut.

blank

Seperti contoh di atas, USERNAME adalah azuwan.

Bahagian 2: Tukar Link

Sekarang kita akan tukar link supaya setiap pendaftaran ahli akan dikesan dalam sistem admin.

Pastikan sekarang ni anda masih log masuk ke dalam WordPress.

Langkah 1 Layari URL utama anda di browser.

Sebagai contoh www.domainanda.com

Langkah 2 Kemudian lihat pada bahagian bar atas, klik pada Enable Visual Builder.

blank

Langkah 3 Kemudian cari tempat link yang kita nak tukar tu. Letak tetikus pada link yang kita nak tukar kemudian dia akan muncul seperti gambar di bawah. Klik pada icon gear.

blank

Langkah 4 Jika anda lihat gambar di bawah ada satu link iaitu

www.saudagarsusu.com/?ref=smtechno

smtechno tu tukar kepada username yang kita telah cari tadi iaitu azuwan.

Jadi final URL yang mesti kita masukkan akan jadi

www.saudagarsusu.com/?ref=azuwan

Note: Pastikan letak https:// jika guna dalam website.

blank

Pastikan edit semua link untuk pendaftaran. Lepas siap edit link. Klik butang Save.

Sekali lagi saya ingatkan tujuan kita edit link ni adalah untuk sistem mengesan pendaftaran ahli baru di dalam sistem admin.

Siap!

Berminat Untuk Dapatkan Servis Dari Kami? Lihat Semua Servis

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.