Adakah anda ingin set kos penghantaran dalam kedai online? Untuk setiap servis kedai online yang ditempah dengan kami, kami akan tolong setkan kos penghantaran untuk anda seperti yang dibincangkan. Namun anda perlu tahu kos penghantaran ni kami hanya set yang asas sahaja seperti kadar tetap, free shipping dan COD.

Dalam tutorial ini, kami tunjukkan bagaimana jika anda ingin menambah kos penghantaran dalam kedai online anda yang ditempah di SM Creative Studio.

Langkah 1 Dari dashboard pergi ke WooCommerce » Settings » Shipping

Kos Penghantaran

Langkah 2 Klik pada Add shippping zone.

Kos Penghantaran

Langkah 3 Kemudian masukkan info seperti berikut.

Kos Penghantaran

Pada Zone name, masukkan nama kawasan. Sebagai contoh di sini saya akan pecahkan kepada dua Zon iaitu Zon Semenanjung dan Zon Sabah &Sarawak sebab kos shipping adalah berbeza antara semenanjung dengan Sabah Sarawak.

Kemudian pada Zone regions masukkan semua negeri-negeri di semenajung Malaysia jika Zone name anda adalah Semenanjung.

Langkah 4 Kemudian, klik pada Add shippping method

Langkah 5 Kemudian dia keluar popup untuk kita buat pilihan jenis penghantaran.

Secara asas, ia mempunyai tiga pilihan iaitu

  • Flat rate
  • Free shipping
  • Local pickup (COD)

Untuk flat rate ni adalah kadar tetap kos penghantaran yang telah anda setting untuk setiap zon. Sebagai contoh di atas tadi anda set kos shipping untuk seluruh semenanjung adalah RM6.50 manakala untuk Sabah Sarawak RM8.00. Jadi anda boleh pilih pilihan ni.

Untuk free shipping anda boleh pilih jika anda tak nak caj untuk penghantaran pada setiap customer.

Untuk Local pickup pula customer sendiri akan pickup di rumah anda barang yang dibeli. BIasanya kalau anda jual kek boleh guna cara ni.

Jadi pada tutorial ni saya tunjukkan cara Flat rate. Jadi, anda pilih Flat rate.

Langkah 6 Kemudian fungsi flat rate akan muncul dan klik pada Flat rate.

Langkah 7 Di sini anda boleh setkan kos penghantaran anda.

Pada method title anda boleh tukar kepada ayat lain. Sebagai contoh tukar kepada “Kadar Tetap”

Pada tax status, anda boleh enable atau disable. Jika anda enablekan tax status ni, anda perlu buat beberapa perkara. tapi di sini saya setkan tiada tax atau cukai penghantaran.

Pada bahagian cost, masukkan jumlah yang anda nak caj untuk setiap penghantaran. Kalau RM6.50 hanya masukkan 6.50

Langkah 8 Akhir sekali klik pada butang Save Changes untuk simpan apa yang telah anda siap setting.

Sekarang ni, bila customer beli direct melalui website anda, kos shipping akan dikira sekali.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.