Tips Memilih Tukang Bina Website | Beberapa hari lepas kami telah menerima aduan dari seorang “mangsa” yang ambil upah website daripada individu tetapi ditinggalkan begitu sahaja disebabkan alasan pembuat website tersebut adalah masalah keluarga.

Jadi, patut kah dia tinggalkan website clientnya begitu saja disebabkan ada masalah famili?

Tidak sama sekali.

Kepada developer dan designer website, tolong jangan cemarkan nama orang lain yang buat servis website seperti kami. Anda patut tahu dan perlu handle perkara ini dengan lebih baik iaitu asingkan masalah anda dengan kerja anda.

Masalah anda adalah masalah peribadi dan kerja anda adalah tanggungjawab anda kepada client yang telah membuat tempahan website.

Ini antara perbualan kami dengannya.

tukang bina website

Anda ingin ke jadi mangsa seperti ini?

Sudah tentu tidak mahu bukan?

Tips Memilih Tukang Bina Website

Di sini kami sediakan tips kepada anda bagaimana nak pilih tukang bina website untuk bina website anda supaya anda tidak ada masalah dikemudian hari.

Ciri-ciri yang ada pada tukang web tersebut adalah seperti berikut.

  1. Anda perlu pastikan bahawa web designer yang anda ingin buat website dengannya mempunyai website rasminya sendiri. Jangan sesekali ambil upah website dari orang yang tidak mempunyai website rasmi, ini kerana anda akan hadapi masalah ketika ingin dapatkan bantuan pada masa akan datang. Banyak web designer yang sediakan servis bina website tapi bila tanya mana website mereka, mereka sendiri tidak ada website. Jadi anda fikir-fikirkan sebelum upah tukang bina web seperti ini.
  2. Lihat portfolio dan testimoni pengguna yang pernah ambil servis website dengannya. Ini bukan syarat yang perlu sebab kami lihat banyak web designer tidak sediakan portfolio pun tapi servis yang disediakan sangat tip-top. Namun, jika mereka sediakan contoh-contoh web sebelum ni lagi bagus.
  3. Sebelum bersetuju upah bina website, lihat apa perjanjian atau terma dan syarat si pembuat website tersebut. Jangan beri upah membuta tuli supaya tidak ada salah faham dikemudian hari.
  4. Pastikan anda tanya support selepas siap macam mana. Ini kerana website yang lepas siap memang memerlukan support. Ini sangat penting. Tidak ada guna anda mempunyai website yang bagus namun anda tidak tahu cara nak guna. Bila tanya support, mereka senyap membisu.
  5. Support jika boleh dapat bantu anda 24/7. Ini tidak wajib tapi jika bantuan 24 jam lagi bagus. Paling tidak pun bila anda tanya sesuatu mereka akan reply dalam masa terdekat. Yang menjadi masalah bila tidak reply langsung bila untuk dapatkan support.
  6. Jika boleh, cari web designer yang telah menawarkan pakej-pakej lengkap seperti info, harga dan feature yang bakal anda dapat. Ini akan membantu anda untuk memilih pakej-pakej yang sesuai dengan bajet anda.
  7. Cari web designer yang sediakan tutorial untuk anda manage website sendiri selepas siap. Benda ni tidak wajib tapi jika web designer tersebut prihatin dengan client mereka, mereka akan sediakan tutorial secara percuma untuk manage web sendiri secara asas. Kami tahu kebanyakkan yang ambil upah bina web tidak tahu cara untuk bina web sendiri apatah lagi untuk manage web.

Ini adalah tips yang perlu anda ambil tahu sebelum memilih web designer untuk membina website anda. Jika tidak anda mungkin hadapi kesukaran pada masa akan datang jika ada masalah pada website anda.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Tips dan InfoTips Memilih Tukang Bina Website