Pemilihan nama domain adalah salah satu perkara yang patut dipandang serius oleh semua pemilik website. Ini kerana nama domain akan menjadi salah satu branding perniagaan kita untuk melangkah dengan lebih jauh lagi.

Kebanyakkan client saya selalu meminta nasihat macam mana untuk memilih nama domain yang betul dan berauthority.

Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk memberikan tips cara memilih nama domain yang betul dan berkesan untuk branding bisnes kita.

Tips Memilih Nama Domain

Di bawah ni saya berikan beberapa tips untuk memilih nama domain.

#1. Ejaan Senang Di ingat

Perkara pertama yang perlu kita titikberatkan dalam pemilihan nama domain adalah nama tersebut senang untuk di ingat.

Sebagai contoh. Anda nak jual baju kurung. Nama domain yang sepatutnya anda pilih mungkin bajukurung.com atau jualbaju.com. Itu sebagai contoh saja antara nama domain yang ejaan senang di ingat.

Apa-apa saja nama domain anda boleh pilih asalkan ia mudah diingat dan senang dieja.

#2. Dua Patah Perkataan

Perkara yang kedua, kalau boleh anda perlu pilih nama domain dua patah perkataan.

Sebagai contoh nama “Baju Kurung” adalah dua patah perkataan. Sebab dua patah perkataan ni orang lebih mudah nak ingat dan senang dicari.

Jadi nama domain yang perlu anda pilih adalah “bajukurung.com”  lebih baik berbanding “baju.com” atau “kurung.com”

#.3 Jangan Ada Simbol atau Nombor

Sebaiknya, nama domain pilihan kita jangan ada simbol. Contohnya simbol “-” atau nombor. Ini disebabkan nama website anda nampak tidak proper dan tak nampak ekslusif. Selain itu juga, SEO website anda juga akan jatuh.

#4. Ringkas dan Pendek

Nama pilihan domain kita hendaklah ringkas dan pendek. Jangan terlalu panjang sebab orang akan susah nak ingat nama domain kita.

Sebagai contoh nama domain anda pilih menjualinsuransmotorkereta.com.

Bila anda letak nama domain ni, authority domain web anda terus jatuh.

#5. Pilih Extension .com atau .com.my/.my (Untuk malaysia)

Akhir sekali, jika anda nak memilih nama domain, pastikan ia berkahir dengan .com atau .com.my/.my untuk malaysia. Ini kerana, .com adalah satu extension umum bagi sesebuah website manakala .com.my/.my adalah khas untuk malaysia saja.

Untuk .net, .org atau lain-lain sebenanya tiada masalah pun cuma ia kurang sesuai jika anda menjana keuntungan melalui website.

Jadi, pastikan anda memilih nama domain yang betul-betul sesuai dengan bisnes anda.