Servis Bina Website Sekolah Atau Institusi

Untuk siapa servis ini? Bagi sekolah ataupun mana-mana pusat pengajian yang belum mempunyai website sendiri, di sini saya ada sediakan untuk bina website untuk pihak sekolah update apa-apa saja info, aktiviti, event dan sebagainya supaya pelajar dan pihak sekolah sendiri mudah untuk lihat apa hebahan terkini dari pihak sekolah.

Penerangan Servis

Setiap sekolah atau institusi perlu memiliki sekurang-kurangnya satu website rasmi sendiri di mana dalam website tersebut pihak sekolah boleh buat pelbagai perkara. Sebagai contoh, dengan adanya website pihak sekolah boleh update event apa yang akan diadakan selepas ini, countdown hari peperiksaan dan sebagainya.

Dengan adanya website, pihak sekolah juga boleh kemaskini artikel berkaitan dengan perkara-perkara yang telah berlaku di sekolah seperti lawatan daripada orang kenamaan, sambutan hari kebesaran negara di sekolah dan sebagainya.

Jadi, walaupun 10 tahun akan datang, peristiwa tersebut akan terus kekal tersimpan dalam web tersebut untuk dibaca dan dilihat oleh generasi yang akan datang. Ia boleh dijadikan memori dan juga sejarah bagi sekolah tersebut.

Ingat tak dulu pihak sekolah selalu terbitkan majalah-majalah sekolah. Apa kata kita tukarkan cara yang lapuk ini kepada sebuah web tapi fungsinya sama dengan majalah yang pernah dibuat sebelum ni.

Menarik bukan?

Jadi di sini, saya ada sediakan servis untuk bina website sekolah dan juga apa-apa saja institusi.

Kenapa Sekolah Perlu Ada Website?

Seperti yang telah saya beritahu di atas ni, banyak benda yang boleh dilakukan jika pihak sekolah mempunyai website sendiri.

Sebenarnya, jika pihak sekolah mempunyai website, ia bukan terhad kepada warga sekolah tu sahaja (pelajar, guru, ibubapa) tetapi juga orang luar boleh mengenali sekolah tersebut kerana sesiapa saja boleh akses laman web dan baca apa yang dikongsikan dalam web.

Semua boleh akses?

Jangan risau.

Jika ada perkara private yang tidak boleh dikongsikan kepada umum, pihak sekolah boleh setting privasi.

Jadi, secara tidak langsung, orang luar akan dapat mengenali sekolah tersebut.

Apa kesannya jika orang ramai kenal sekolah tersebut?

Jika pihak sekolah bijak mengambil peluang, pihak sekolah boleh juga menjual apa-apa saja yang berkaitan dengan sekolah melalui website sekaligus dapat menambah pendapatan sekolah.

Di bawah ni saya tunjukkan satu contoh macam mana orang cari info di Google dan menjumpai blog saya di Google.

Bayangkan jika ada orang mencari sesuatu info dan menjumpai blog anda di Google. Potensi mereka nak dapatkan sesuatu di blog anda tu adalah tinggi.

Jadi di sini anda boleh jana income melalui blog anda.

Senarai Kelebihan Sekolah Mempunyai Website

Berikut adalah beberapa kelebihan jika sekolah mempunyai website sendiri.

✔ Mudah untuk pengurusan sekolah update apa-apa sahaja info kerana ibu bapa dan pelajar boleh lihat website jika mereka ingin tahu info terkini.
✔ Ibu bapa boleh pantau keputusan semasa pelajar untuk lihat prestasi mereka.
✔ Memperkenalkan sekolah ke seluruh Malaysia dan mungkin juga sehingga keluar negara.

Kenapa Perlu Pilih Servis Saya?

Kami bukan saja menyediakan servis bina web dengan reka bentuk pilihan yang anda boleh pilih sendiri, tapi kami ada sediakan tutorial dalam bentuk bertulis dan video untuk anda urus website sebab pengurusan website lepas siap adalah sangat penting.

Berikut adalah beberapa alasan kenapa anda perlu pilih saya untuk bina blog anda.

Pilihan Design

Design dan rekabentuk website anda boleh pilih sendiri mengikut citarasa.

Tutorial

Kami ada sediakan tutorial untuk anda urus website sendiri dengan mudah.

Mesra SEO

Kami sentiasa memastikan setiap web atau blog yang kami bina akan mesra SEO.

Berpengalaman Sejak 2013

Saya sudah berpengalaman dalam WordPress sejak dari tahun 2013 lagi.

Mesra Smartfon

Teknologi rekabentuk website mesra smartphone dan design futuristik.

Update Percuma

Sistem website kami dikemaskini secara percuma tanpa perlu buat bayaran apa-apa.

Pembayaran Flexible

Kami menerima 50% deposit dari harga pakej sebelum mula projek (T&C)

Support

Semua bantuan saya akan berikan yang terbaik melalui Whatsapp atau Email.

Harga & Pakej

Berikut adalah pakej yang boleh anda pilih.

PakejSilverGoldPlatinum
HargaRM599RM799RM999
Renew (Domain & Hosting)RM250/setahunRM250/setahunRM250/setahun
Page10 page15 page20 page
Carta Organisasi Sekolah
Countdown Time
eBoard
Custom Email (Ex: contact@webanda.com)
Integrasi SOSMED
Blog
Result Exam
Manage Website✖ (Add on)✖ (Add on)✖ (Add on)

1. Harga – Harga yang tertera adalah harga sekali bayar sahaja.

2. Renew (Domain & Hosting) – Untuk domain dan Hosting perlu renew setiap tahun. Dikecualikan jika anda membeli domain atau hosting sendiri.

3. Page – Jumlah halaman yang akan dimasukkan mengikut pakej. Boleh tambah halaman mengikut keperluan.

4. Carta Organisasi Sekolah – Carta organisasi

5. Countdown Time – Untuk mengira dan memberi peringatan kepada pelajar atau calon yang bakal menduduki peperiksaan yang penting.

6. eBoard – Bahagian untuk masukkan info terkini supaya pelajar dan ibubapa alert akan event yang akan datang.

7. Custom Email – Anda boleh buat email sendiri dengan menggunakan nama domain. Sebagai contoh “hi@domainanda.com”

8. Integrasi SOSMED – Saya akan masukkan laman sosial anda ke dalam website.

9. Blog (bantu SEO) – Dalam website anda akan dimasukkan sistem blogging untuk memantapkan lagi SEO.

10. Result Exam – Ibu bapa boleh boleh login ke dalam website untuk lihat keputusan anak mereka.

11. Manage Website – Pengurusan website jika tiada siapa untuk uruskan web. Servis ini adalah servis tambahan yang berbayar.

Tidak pasti? Sila hubungi kami untuk bantu anda memilih pilihan yang betul dan tepat.

Nota: Setiap pakej ini adalah SEKALI PEMBAYARAN sahaja. Tiada bayaran bulanan atau tahunan. Anda hanya perlu renew domain dan hosting sahaja pada setiap tahun mengikut jumlah yang telah ditetapkan.

Proses Tempahan

Bagaimana proses tempahan?

Anda boleh pilihsalah satu pakej di atas kemudian boleh deposit separuh daripada pakej pilihan anda.

Soalan Lazim

Berapa lama tempoh masa untuk siapkan Blog?

Tempahan blog biasanya saya boleh siapkan dalam masa 7-10 hari. Bergantung kepada respon cepat anda jika saya perlukan sesuatu maklumat untuk dimasukkan. Jika anda lambat respon apa yang saya minta, mungkin akan mengambil masa sedikit.

Ada jaminan pulangan wang kembali?

Pemulangan wang bergantung kepada situasi. Jika anda sudah buat bayaran setelah semuanya setuju dan tiba-tiba anda nak batalkan balik servis, saya akan pulangkan sebanyak 50% dari harga bayaran. Pemulangan penuh akan dibuat setelah saya tidak mampu nak buat atau terlalu banyak tempahan.

Apakah maklumat yang perlu saya berikan?

Saya akan minta maklumat secara berperingkat-peringkat supaya anda sendiri tidak berasa susah nak berikan maklumat. Jadi saya akan sentiasa berhubung dan sila berikan kerjasama dengan cepat.

Web Designer

Saya seorang penulis blog sepenuh masa di Blogfaiz.com dan juga suka buat video tutorial di YouTube Channel Blog Faiz. Di samping itu juga saya seorang pembina website.

Cara Tempah & Hubungi

Jika ada soalan yang ingin ditanya, sila hubungi saya terlebih dahulu melalui salah satu kaedah di bawah.

1. Borang Hubungi
2. Whatsapp
3. Instagram

Nombor Akaun Bank

Maybank
Nama: SM TECHNOLOGIES NETWORK
No Acc: 553056413531
Email: hi@smcreativestudio.com

Cimb Bank
Nama: SM TECHNOLOGIES NETWORK
No Acc: 8602857975
Email: hi@smcreativestudio.com