Tutorial kali ni kami nak tunjukkan bagaimana nak edit dalam website secara asas untuk pengguna Divi sebab secara majoriti website yang kami hasilkan menggunakan Divi. Jika anda nak ubah sesuatu, dalam website, anda boleh buat sendiri dengan follow tutorial di bawah.

Perhatian : Mungkin tutorial di bawah tidak sama dengan situasi anda. Tapi caranya adalah 100% sama tiada bezanya. Jadi tiada masalah untuk anda ikuti tutorial ini.

Sebelum tu kami anggap anda sudah log masuk ke dalam website anda. Jika tidak tahu bagaimana nak log masuk ke dalam website anda, boleh rujuk panduan kami Cara Nak Log Masuk ke Website.

#1. Ubah Text Dalam Web

Bagaimana nak edit text dalam web?

Langkah 1 Lihat paling atas dan klik pada Enable Visual Builder.

Langkah 2 Letak tetikus pada tempat yang anda nak edit tu, nanti dia akan keluar seperti di bawah. Klik pada icon gear tu seperti gambar di bawah.

blank

Langkah 3 Lepas tu dia akan muncul seperti di bawah ni. Jadi di sinilah untuk anda edit text atau info yang anda ingin tukar.

blank

Jika anda tempah website MLM/Affiliate/Autodownline dan ingin dapatkan info ahli tersebut, anda boleh ikut tutorial kami Cara Dapatkan Info Ahli.

Jangan lupa lepas siap edit tu klik butang Right (butang warna hijau) dan jangan lupa save website lepas siap edit.

#2. Cara Tukar Link

Bagaimana nak tukar link?

Untuk tidak memanjangkan tutorial ni, kami sambung pada tutorial #1 di atas ni. Untuk Langkah 1 dan Langkah 2 adalah sama di atas.

Kami akan terus ke Langkah 3

Langkah 3 Klik pada link yang anda ingin tukar (1) dan klik pada icon URL (2) seperti gambar di bawah.

blank

Langkah 4 Ubah link di sini. Benda ni sangat asas. Anda boleh fikir sendiri apa link yang sesuai untuk anda masukkan di sini.

blank

Seperti biasa lepas siap edit klik Ok » Right (Butang Hijau) » save website lepas siap edit.

Berminat Untuk Dapatkan Servis Dari Kami? Lihat Semua Servis

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.