Kenapa Pentingnya Ada Website | Zaman sudah berubah. Dunia yang kita duduki sekarang adalah dunia digital. Surat khabar di kedai tidak lagi selaku seperti dahulu. Boleh dikatakan semua orang pada hari ini info hanya berada di dalam poket mereka.

Nak saja info buka smartfon dan cari maklumat. Tahukah anda apa benda yang paling penting sekali apabila ramai orang mencari maklumat melalui internet?

Jawapanya adalah website.

Ya. Apabila seseorang mencari sesuatu info sekarang ini, mereka akan pergi ke Google dan taip apa yang mereka ingin cari. Kemudian, mereka akan pergi ke website-website yang tersenarai untuk mereka baca maklumat tersebut.

Bayangkan jika website itu adalah website anda. Anda mungkin dapat pelanggan dengan mudah. Ramai juga yang bertanyakan kepada saya. Perlu ke nak bina website jika buat bisnes kecil-kecilan?

Jika itu soalan anda. Saya akan jawab “PERLU” dan mesti ada website walaupun anda melakukan bisnes kecil-kecilan. Ini kerana, walaupun bisnes kecil, jika anda mempunyai website, anda akan lebih mudah untuk promosikan perniagaan anda dan sekaligus lebih mudah untuk anda mendapat pelanggan.

Dari bisnes kecil akan menjadi bisnes besar. Bukankah ia lebih bagus jika anda ada website?

Kenapa Pentingnya Ada Website Sendiri?

  1. Anda akan membina autority sendiri dengan adanya website.
  2. Boleh membina jenama sendiri seperti blogger lain. Contohnya Hanis Zalikha terkenal hanya kerana blog beliau pada asalnya.
  3. Dapat menambah kenalan dan networking kerana kenalan dan networking sangat penting untuk kembangkan lagi bisnes anda ke arah yang lebih baik.
  4. Anda akan dapat prospek secara percuma melalui Google kerana pada masa kini ramai yang mencari sesuatu akan mencari di Google.
  5. Dapat kurangkan kos pengurusan dan masa anda kerana website akan buat kerja secara automatik tanpa henti 24 jam. Selain itu jika anda ada sesuatu produk tidak perlu berulang kali untuk terangkan kepada client tentang produk anda tersebut. Hanya berikan link website dan mereka baca sendiri.
  6. Keyakinan client anda akan bertambah dengan adanya website kerana amat jarang Scammer memiliki sebuah website. Dalam website tersebut beritahu semua lokasi kedai anda, nombor telefon dan sebagainya. Orang yang serius berniaga akan takut untuk scam bila ada website sendiri.
  7. Pasaran produk anda bukan saja di dalam negara malah boleh pergi keluar negara. Sebagai contoh anda jual minyak wangi. Jika anda mempunyai website, anda boleh pasarkan sehingga ke Indonesia, Singapura atau mana-mana negara yang anda rasa berpotensi untuk jadi client anda.
  8. Laman sosial lain ia mempunyai terma dan syarat tersendiri. Jika anda melanggar syarat, anda bila-bila masa saja boleh diban dari laman sosial. Berbeza dengan website anda sendiri, anda bebas melakukan apa-apa saja tanpa perlu risau akaun disuspended.

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan jika saya nak ceritakan di sini.

Mempunyai website sendiri adalah satu aset anda sebenarnya. Kadang-kadang sebuah website kita boleh jual dengan harga jauh lebih tinggi dari harga sebidang tanah.

Anda boleh tengok contoh sendiri website-website syarikat gergasi seperti Facebook, Google dan sebagainya. Nilai website mereka tidak terhitung nilainya.

Jadi siapa perlukan website/blog ni?

Pada pandangan saya, setiap orang perlu ada web atau blog sendiri sekurang-kurangnya satu.

Walaupun anda bukan seorang usahawan, anda boleh bina blog sebab dalam blog anda boleh tulis diari anda atau simpan gambar serta video. Ia berbeza jika kita simpan gambar dalam Instagram, Facebook atau YouTube.

Jika betul caranya, anda boleh buat duit dari blog anda tu.

Jadi itulah pandangan saya mengenai pentingnya memiliki sebuah website atau blog sendiri.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.