Website dan blog adalah satu perkara yang berbeza. Website ni lebih kepada content yang statik manakala blog pula content yang sentiasa kita update dengan artikel-artikel yang fresh.

Baiklah.

Di sini saya nak ceritakan sikit perbezaan antara website dan blog.

Untuk pengetahuan korang, blog adalah jenis site yang lebih mudah ranking di Google atau mana-mana enjin carian yang lain. Sebab utama adalah blog ni kita sentiasa update dengan content dan info yang bermanfaat kepada pembaca. Ini yang menyebabkan enjin carian lebih suka untuk ranking artikel atau info berbanding website yang statik.

Jadi, adakah ini bermakna korang tak boleh tempah website?

Tidak.

Korang masih boleh tempah website dan cara yang terbaik adalah korang gabung website dengan blog. Itu cara yang paling baik dan cepat untuk ranking di Google.

Ok sebagai contoh saya boleh berikan di sini.

Anda bina website jualan untuk penapis air. Pada masa yang sama, anda aktif update blog dengan artikel berkaitan dengan penapis air. Contohnya anda mungkin boleh tulis artikel mengenai kebaikkan minum air yang ditapis, post gambar pembeli yang dah beli dengan anda, tulis aktiviti-aktiviti yang dah dibuat dengan syarikat penapis air dan sebagainya.

Bila kita sentiasa update benda-benda yang berkaitan dengan jualan kita dalam blog, sekaligus ia akan mempercepatkan website kita ranking di enjin carian dan dapat meningkatkan jualan.

Lagi contoh saya bagi.

Anda menjual set bersalin secara online dan anda ada website jualan.

Walaupun anda ada website jualan, ia masih tak cukup dan lambat untuk ranking di enjin carian.

Apa yang perlu anda buat adalah, update artikel yang berkaitan dengan bersalin.

Sebagai contoh anda mungkin boleh tulis artikel pantang larang selepas bersalin, cara menjaga bayi, cara menyusu bayi dengan betul dan sebagainya.

Bila anda sentiasa aktif update artikel di website anda, tak mustahil website anda akan cepat ranking di Google dan pembeli pun lebih yakin untuk membeli dengan anda kerana anda bukan saja menjual dalam web tersebut tetapi ada menyediakan tips yang berguna secara percuma.

Dua contoh di atas, saya harap anda dapat apa yang saya cuba nak sampaikan.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda tempah website pastikan anda tanya dulu web designer anda tu ada fungsi blog atau tidak dalam website anda nanti.

Jika tak ada, mohon anda minta kepada web designer anda tu untuk menambah fungsi tersebut.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.