Dalam dunia ini tiada benda yang mudahnya untuk pertama kali buat. Setuju?

Semuanya perlu lahir dari keikhlasan, minat dan usaha yang konsisten dalam melakukan sesuatu. Barulah sesuatu kejayaan dapat dikecapi.

Sama juga seperti kami dulu.

Tidur lebih kurang 3-4 jam sehari kerana belajar buat dan bina web. Oleh kerana minat, semuanya kami redah.

Jika dulu kami buat satu web ambil masa satu bulan untuk siap.

Sekarang, kerana dah mahir dan selok belok penggunaan kami boleh siapkan satu web dalam tempoh 7-14 hari bergantung pada banyak sikit content yang ingin dimasukkan.

Kehidupan Sebenar Seorang Web Designer

Kehidupan sebenar kami adalah hanya berkawan dengan laptop, meja, kerusi dan katil sahaja kerana ini yang kami hadap setiap hari.

Bila kami enjoy?

Kami akan enjoy bila tidak ada projek atau job.

Jika kami ada projek atau job, alamatnya kami “tidak nampak” pun dunia luar.

Masa lepak dan masa enjoy bersama rakan terpaksa anda korbankan. Tetapi kepada pasangan dan keluarga, anda perlu pandai-pandai bahagiakan masa supaya anda akan hidup bahagia.

Ini semata-mata kami ingin berikan servis yang terbaik kepada client kami.

Tujuan post ini bukan kami ingin takut-takutkan jika anda berniat untuk jadi web designer tetapi lebih kepada perkongsian pengalaman sebenarnya.

Sekian.

Klik Sini Untuk Tempah Website

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.