Cara Gunakan Forum Support SM Creative Studio

Utama Forums Support Cara Gunakan Forum Support SM Creative Studio

This topic contains 0 replies, has 1 voice, and was last updated by  Admin 8 months, 2 weeks ago.

  • Author
    Posts
  • #4750

    Admin
    Keymaster

    Salam sejahtera kepada semua pelanggan-pelanggan yang kami hormati.

    Ini adalah channel support kami terbaru di mana sebelum ini kami hanya support melalui whatsapp.

    Oleh kerana di WhatsApp kami tidak dapat menampung lagi jumlah whatsapp yang semakin hari bertambah, maka kami wujudkan channel support ni di mana ia lebih teratur, efektif dan mudah untuk kami bantu anda “after sale”.

    Selain itu, support website memerlukan teknikal jadi di WhatsApp sangatlah tidak sesuai.

    Bagaimana untuk guna support di sini?

    1. Pertama sekali, jika anda ingin guna support ini kami sarankan untuk anda guna PC atau desktop. Tidak boleh guna mobile phone kerana ia akan menyusahkan diri anda sendiri untuk post soalan-soalan teknikal.

    2. Setiap masalah anda mestilah buka topik baru. Untuk buka topik setiap masalah, anda klik sini dan lihat pada bahagian bawah sekali ada ruangan untuk anda post. Sila post di sana.

    3. Jika anda perlu screenshot atau tunjukkan gambar kepada kami, sila gunakan kemudahan dari website Lightshot . Install app tersebut di komputer anda dan anda boleh screenshot dengan senang.

    Atau anda boleh gunakan apa-apa sahaja app yang boleh screenshot dengan mudah

    Kemudian hanya hantarkan screenshot sahaja kepada kami untuk kami lihat masalah yang anda hadapi.

    4. Jika anda ada content untuk dihantarkan kepada kami, hanya emailkan ke email smtechnologiesnetwork@gmail.com

    Jika sudah hantar anda perlu buka satu topik baru di forum ini untuk beritahu kami

You must be logged in to reply to this topic.