Secara default, format link dalam website kita tidak cantik dan tidak mesra SEO.

Jadi, macam mana nak ubah format link website kita kepada yang lebih sedap dipandang dan mesra SEO?

Ikut tutorial di bawah.

Langkah 1 Login ke dalam Website anda dengan menggunakan Laptop/PC.

Langkah 2 Dari menu utama di sebelah kanan, pergi ke Settings » Permalinks

Langkah 3 Untuk tukar, anda boleh pilih mana-mana options permalinks yang anda rasa sesuai untuk website anda. Antara pilihan permalinks yang ada adalah

  • Plain
  • Day and Name
  • Month and Name
  • Numeric
  • Post Name
  • Custom Structure

Tapi saranan saya untuk mesra SEO, anda kena pilih “Post Name”

Langkah Akhir Lepas dah siap ubah, klik pada butang Save Change.

Tips: Jika anda pengguna telefon yang tegar sehingga nak edit website pun masih guna fon, mulai sekarang “haramkan” anda guna fon untuk edit website atau tulis blog sebab ramai yang saya dapat komplain dari client yang lepas susah nak edit website. Bila saya tanya edit guna apa, rupanya mereka edit guna fon.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Uncategorized Cara Tukar Format Permalink Website Untuk Pengguna WordPress