Bila anda tempah bina kedai online dari kami, setiap pakej bilangan item atau produk yang kami masukkan adalah berbeza seperti contoh untuk pakej Silver kami akan masukkan 15 produk sahaja, untuk pakej Gold kami akan masukkan 35 produk dan untuk pakej Platinum kami akan masukkan sebanyak 55 produk.

Jika anda masih ada produk yang nak dimasukkan, kami ada dua pilihan iaitu upah tambahan untuk kami masukkan produk dengan RM3 setiap produk atau anda boleh masukkan sendiri dengan tutorial di bawah.

Bagaimana anda boleh tambah produk?

Ikuti tutorial di bawah.

Langkah 1 Log masuk ke dalam WordPress website anda.

Langkah 2 Lihat menu sebelah kiri dan klik pada Products » Add New

Langkah 3 Lepas itu anda akan dibawa ke halaman masukkan produk.

Pada nombor 1, masukkan nama produk dan pada nombor 2 tulis penerangan tentang produk.

Langkah 3 Sekarang kita masukkan pula harga. Scroll ke bawah sikit dan anda akan nampak bahagian ni.

Pada bahagian Regular price, masukkan harga jualan biasa manakala pada Sale price masukkan harga jika ada promosi.

Langkah 4 Sekarang anda lihat pula pada bahagian kanan.

Di sini anda boleh pilih samaada nak ada sidebar atau tidak. Tentukan sendiri.

Langkah 5 Kemudian pilih kategori. Jika tiada, boleh tambah kategori dengan klik pada Add new category.

Langkah 6 Masukkan tag iaitu dengan katakunci. Pada bahagian ini penting juga untuk mesra SEO. Nanti produk anda senang untuk dijumpai di Google. Lepas masukkan tag, klik pada butang Add.

Langkah 7 Pada bahagian ni anda perlu masukkan produk. Untuk Product image, masukkan gambar produk utama manakala untuk Product gallery masukkan gambar produk yang sama tapi posisi yang berlainan atau pelbagai variasi seperti warna, corak dan sebagainya.

Langkah Akhir Akhir sekali bila semua siap, klik pada butang Publish untuk produk tersebut dipaparkan kepada umum.

Siap!

Apa yang kami tunjukkan di atas ni adalah secara asas saja bagaimana nak masukkan produk. Untuk yang lebih advance kami tidak jadikan ia tutorial. Anda boleh hubungi kami secara langsung.

Jika anda masih ada masalah, boleh terus komen di bawah untuk kami bantu.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.