Untuk pengetahuan, sistem kami tidak create secara auto untuk duplikasi web. Jika anda ingin duplikasi web untuk ahli, anda boleh buat secara manual dengan langkah yang mudah.

Jadi di sini kami sediakan tutorial bagaimana anda boleh klon web untuk ahli.

Langkah 1 Pertama sekali anda mesti log masuk ke dalam WordPress.

Langkah 2 Lihat pada menu sebelah kanan WordPress dashboard. Kemudian klik pada menu NS Cloner.

Langkah 3 Lepas klik pada NS Cloner, anda akan dibawa ke halaman dukpilkasi atau klon web. Di sini ada beberapa bahagian.

Pada bahagian Select Cloning Mode pilih Standard Clone.

blank

Langkah 4 Pada bahagian Select Source pilih laman web yang anda ingin klon.

Untuk pelanggan website SM Creative Studio, sila pilih pilihan yang KEDUA ini kerana saya sudah setting siap-siap.

Saya ulang sekali lagi. Sila pilih pilihan yang KEDUA.

blank

Pelanggan kami perlu pilih pilihan yang kedua kerana yang pertama adalah website original admin, pilihan yang kedua adalah untuk tujuan klon web, pilihan yang ketiga dan seterusnya adalah website klon yang telah digunakan. Sebab itu anda perlu pilih pilhan yang kedua.

Langkah 5 Pada bahagian Create New Site, anda mesti masukkan tajuk website. Kebiasaan tajuk website adalah sama dengan tajuk website orginal.

Kemudian pada Give the target site URL masukkan username ahli tersebut.

Jika anda tidak tahu username, boleh ikut tutorial kami Cara Dapatkan Username Ahli.

blank

Langkah 6 Untuk bahagian lain, tinggalkan secara default. Hanya isi apa yang saya terangkan di atas ni.

Lepas siap isi dan rasa puas hati, klik pada butang “CLONE”

blank

Nanti sistem akan klon website anda. Tunggu sehigga 5 minit untuk sistem create.

blank

Jika dah berjaya, nanti anda boleh lihat seperti gambar di bawah.

blank

Klik pada anak panah yang ditunjukkan untuk terus pergi ke website klon tersebut.

Berminat Untuk Dapatkan Servis Dari Kami? Lihat Semua Servis

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.