Banyak client yang bertanyakan kepada kami bagaimana nak belajar bina web sendiri.

Ya kami tahu anda mungkin nak jimatkan kos. Tapi anda tidak mungkin dapat jimatkan masa anda.

Jika anda ingin belajar cara bina web sendiri atau bina blog, boleh lihat panduan ini – binablogsendiri.com.

Di sini kami ingin berikan pencerahan kepada anda yang mana lebih berbaloi untuk anda.

Bina web sendiri atau upah web designer.

Bina Web Sendiri vs Upah Web Designer

Kami sendiri telah habiskan lebih dari 5 angka sebelum kami bertindak menawarkan servis buat website ini kepada khalayak umum.

Kos ini adalah melibatkan;

  • Beli panduan samaada ebook atau buku
  • Kos domain dan hosting (try and error)
  • Seminar di beberapa tempat
  • Template web/skrip web/tema web dan design web (Kos ini paling banyak)

Ya, ini adalah antara kos-kos yang terlibat dalam belajar untuk bina website sendiri.

Kos-kos tersembunyi yang lain adalah masa, bill elektrik dan bila internet.

Jika membincangkan mengenai masa, kami ambil tempoh lebih kurang setahun lebih untuk betul-betul mahir dalam pembinaan web. Itupun kami praktis hampir setiap hari dan tiada komitment yang lain.

Kenapa setahun lebih?

Teknikal-teknikal dalam pembinaan web bukan boleh dipelajari dalam masa yang singkat. Terutama sekali software-software pembinaan web sentiasa berubah-ubah. Jika anda lambat anda akan asyik ketinggalaan.

Jadi cara yang terbaik adalah, anda hanya perlu upah saja.

Memang anda akan habiskan banyak wang tetapi ianya lebih berbaloi untuk masa anda dan design web anda lebih cun.

Pilihan di tangan anda.

Klik Sini Untuk Bina Website