Ramai yang masih keliru apa perbezaaan post dan juga page dalam WordPress.

Baiklah, di sini saya akan terangkan kepada anda sebaik mungkin apa maksud post dan page serta kegunaan mereka.

Jika anda perhatikan page dan post ni ia seakan-akan nak sama. Tapi, kegunaan untuk kedua-duanya adalah berbeza.

Page digunakan bila kita mahu buat halaman seperti hubungi, tentang kami, tentang syarikat, borang hubungi, borang tempahan, privasi polisi, terma & syarat dan seangkatan dengannya.

Jadi, kesemua tu anda perlu guna fungsi page.

Bila masa pula kita gunakan fungsi post?

Post ni bila anda nak post artikle secara berkala samaada setiap hari, tiga kali seminggu dan sebagainya secara konsisten. Senang kata ianya adalah untuk anda tulis blog dalam website anda.

Bila anda nak tulis blog dalam website anda, anda perlu guna fungsi post ni.

Contohnya anda boleh lihat artikel yang saya tulis sekarang ni, ini adalah fungsi post di mana saya banyak berkongsikan tutorial, info dan sebagainya.

Jadi, itulah perbezaan antara fungsi post dan fungsi page dalam WordPress.

Harap anda dapat bezakan apa itu post dan apa itu page. Lepas ni kalau anda nak tulis blog, sila guna fungsi post ya bukan fungsi page sebab ramai client saya yang silap dalam hal ini.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.