Bila ada website, anda tak boleh mengharap pelawat atau bakal pelanggan masuk ke dalam website tanpa anda buat apa-apa usaha.

Walaupun ia sudah online dan bebas untuk dilihat oleh sesiapa pun, anda masih lagi kena buat iklan supaya ada orang tahu kewujudan website anda tersebut.

Jadi di sini saya akan ceritakan 7 cara bagaimana anda boleh iklankan website dengan berkesan.

#1. Search Engine Optimization (SEO)

Search engine optimization atau lebih dikenali sebagai SEO adalah senjata utama sebenarnya bagi mereka yang bermain website atau blog sebab jika kena caranya kita boleh dapat berjuta-juta trafik setiap bulan dari enjin carian secara percuma.

Nak belajar SEO ni bukan perkara yang mudah sebenarnya sebab ia agak teknikal di mana kita perlu tahu cara gerak kerja enjin carian dan selok belok dalam ilmu penulisan.

Tapi anda boleh belajar SEO ni di Yoast.

#2. Blogging and guest blogging

Apa tujuan kita blogging? Tujuan kita berblogging ni adalah untuk enjin carian senang untuk jumpa website kita di enjin carian.

Dalam artikel sebelum ni saya dah cerita kenapa pentingnya ada blog dalam website kita.

Untuk pengetahuan korang, enjin carian terutama Google sangat mengutamakan website-website yang sentiasa diupdate dengan artikel baru atau update artikel yang lama.

Sebenarnya mereka boleh tahu mana website yang aktif atau tak.

Jadi, bila korang nak upah bina web tu, tanya sekali ada ke tak fungsi blog ni dalam web nanti.

Guna teknik marketing melalui blog pasti ramai tertarik dengan produk yang anda ceritakan.

#3. Google Ads (PPC)

Apa itu Google Ads?

Google ads adalah sistem dimana kita boleh iklankan perniagaan kita di Google.

Sekarang ni dah banyak kelas online, ebook atau webinar mengenai iklan perniagaan di Google Ads ni.

Tapi nak iklan ni agak leceh sebab banyak syarat-syarat yang patut diikut.

Salah satunya adalah dengan ada website sendiri untuk diiklankan. Kalau tak ada website jangan harap nak guna Google Ads ni.

Kelebihan guna Google ads ni ibarat kita guna sniper sebab setiap orang yang mencari apa-apa produk di Google pasti akan menjumpai iklan kita.

Sebagai contoh anda menjual set alat bersalin. Jika anda iklankan bisnes anda tersebut di Google, website anda akan muncul di halaman pertama di Google jika kena dengan caranya.

Jadi, jika anda ada bisnes yang valid untuk iklankan, why not anda patut cuba kan?

#4. Facebook ads

Facebook ads ni pula lebih kurang sama dengan Google Ads tapi algorithma sistem pengiklanan agak berbeza sikit sebab iklan kita akan keluar di Facebook saja berbanding Google Ads anda boleh set dengan sangat meluas.

Pernah tak anda perasan masa tengok Facebook tiba-tiba keluar iklan produk yang pernah kita cari kat Google selama ni?

Jadi, siapa nak tingkatkan jualan, kena cuba Facebook ads ni.

#5. YouTube

Macam mana pula nak promosi web kita di YouTube ni?

Kalau korang nak tahu, setiap video kita di YouTube sebenarnya boleh iklankan di YouTube melalui google ads.

Tapi cara yang tu saya tak nak beritahu kat sini sebab ia agak teknikal.

Cara percuma nak promosi adalah dengan kita buat satu video yang berkaitan dengan produk kita dan upload di YouTube. Lepas tu di bahagian description kita masukkan laman website kita. Nanti di sini anda pandai-pandailah tulis sikit ayat bagi nampak menarik.

#6. Email marketing

Email marketing ni antara alat pemasaran online yang paling terawal wujud.

Untuk guna teknik ni, kita perlu langgan email marketing software seperti AWeber atau Getresponse untuk capture lead dan juga hantar email secara pukal.

#7. Social media

Akhir sekali, anda prlu manfaatkan sosial media yang ada seperti Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan banyak lagi. Tapi kalau boleh jangan banyak sangat takut tak dapat fokus.

Post dan iklankan website kita di sana sekerap mungkin.

Maksudnya bukan setiap minit anda perlu post.

Cukup sekali sehari pun sudah memadai.

Yang penting anda buat sesuatu secara konsisten.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.